Negara-negara yang terjejas Jerebu Asia Tenggara 2013

Brunei

Setakat 23 Jun, Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura telah mengesan 642 titik panas berselerak kebanyakannya di kawasan Borneo tengah dan barat yang menyebabkan jerebu di [[Brunei] dan kawasan-kawasan Borneo yang lain.[15] Pada 20 Jun, Daerah Brunei-Muara mencatatkan bacaan PSI "baik" pada 44, 75 di Belait, 64 di Temburong dan 66 di Tutong.[16] Menjelang 21 Jun, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Brunei mengatakan bahawa bacaan PSI adalah "lebih tinggi daripada biasa", tetapi tahap pencemaran udara masih dianggap "sederhana" kerana bacaan PSI di Brunei masih lagi di bawah 100. Belait telah mencatatkan bacaan PSI yang tertinggi apabila bacaannya mencapai 98, sementara di Temburong bacaannya ialah 94, Tutong 92 dan Brunei-Muara mencatatkan bacaan yang terendah pada 65.[17] Sehingga 24 Jun, jerebu di Brunei tidak berubah dengan bacaan PSI 43 di Brunei-Muara, 75 di Belait, 72 di Temburong dan 73 di Tutong.[15] Pada 26 Jun, jerebu di Brunei telah berakhir dan bacaan PSI telah kembali ke tahap "baik".[18] Namun, tahap "sederhana" masih lagi dicatatkan di Tutong (70) dan Belait (64).[18] Jumlah titik panas juga telah menurun daripda 231 yang dilaporkan pada hari Sabtu ke 117 pada hari Selasa.[18]

Tindakan yang diambil

Ketika masa berjerebu, Jabatan Kesihatan Brunei mengeluarkan nasihat kesihatan kepada umum.[19] Masyarakat umum juga telah dinasihatkan agar kerap menyemak bacaan PSI (Indeks Piawai Bahan Cemar), mematuhi nasihat kesihatan dan dapatkan rawatan segera di hospital atau pusat kesihatan berdekatan sekiranya mereka mendapat sebarang simptom disebabkan jerebu itu.[20]

Bacaan PSI

Bacaan Indeks Piawai Bahan Cemar bagi Negara Brunei Darussalam[21]
Tarikh (masa)Brunei-MuaraBelaitTemburongTutong
26 (4pm)45484254
27 (12pm)26413750
27 (4pm)38524645
27 (5pm)46416262
28 (9am)36432432

  0–50  Baik 51–100 Sederhana101–200 Tidak Sihat

Indonesia

Sebahagian Indonesia, yang merupakan sumber kepada kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu ini, telah mengalami impak yang paling besar daripada asap ini. Di Pekanbaru, ibu negeri wilayah Riau di mana kebanyakan titik panas ditemui, jarak penglihatan telah menurun dan ramai penduduk Pekanbaru mengadu yang jerebu ini menjejaskan kesihatan mereka.[22] Selain itu, Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II perlu ditutup untuk beberapa jam, menyebabkan beberapa penerbangan dipindahkan ke lapangan-lapangan terbang berdekatan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan atau ke Kuala Lumpur, Malaysia.[23] Penerbangan-penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Pinang Kampai di Dumai juga telah ditunda oleh pihak berkuasa disebabkan jarak penglihatan yang teruk.[24]

Walaupun kebanyakan akhbar menumpukan lebih kepada impak jerebu ini pada Singapura dan Malaysia, penduduk Riau juga telah terjejas teruk. Penduduk-penduduk telah meninggalkan rumah mereka di Bengkalis, dengan kira-kira 30% mengalami masalah pernafasan. Api telah membakar kawasan ladang seluas beberapa hektar dan memusnahkan tuaian musim ini.[25] PSI di Dumai telah mencapai 492 menjelang pagi Jumaat.[26] Namun, oleh kerana pola angin, kebanyakan kawasan Indonesia yang lain tidak akan ditimpa jerebu ini.

Sebelum itu, pada 22 Jun 2013, kerajaan Indonesia telah menyalahkan lapan syarikat, termasuklah PT Sinar Mas Agro Resources and Technology (SMART) yang berpusat di Jakarta dan Asia Pacific Resources International (APRIL), atas kebakaran ini.[27] Kemudian, pada hari Sabtu 22 Jun, Menteri Alam Sekitar Balthasar Kambuaya telah mendedahkan penemuan penyiasatan bahawa sekurang-kurangnya 20 syarikat penanaman dalam dan luar negara di Riau disyaki menyebabkan kebakaran ini, 8 daripadanya adalah syarikat penanaman Malaysia; PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.[28] Syarikat penanaman lain yang dikesan mempunyai titik-titik panas ialah PT Siak Seraya, PT Kimia Tirta Utama, PT Inti Indo Sawit Subur, Village Unit Cooperatives (KUD) Dayus Mas, PT Padasa Enam Utama, PT Kartayatam Bhakti Mulia, PT Langgam Inti Hibrindo, PT Riau Sakti Trans, PT Raja Garuda Masa Sejati, PT Sabira Negeri Utama, PT Guntung Hasrat Makmur, PT Panca Surya Agrindo, PT Bumi Reksa Nusa Sejati, PT Surya Bratasena Plantation, PT Adei Crumb Rubber, PT Rokan Adi Raya, Cooperatives 13 Anak Suku Bonai, PT Karyatama Bhakti Muli dan PT Agroraya Gematrans.[28]

Pada pagi 24 Jun 2013, jerebu telah melitupi Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau. PSU di Pekanbaru telah merekodkan bacaan sederhana sekitar 100 pada minggu sebelumnya, tetapi ia meningkat ke paras 140 yang tidak sihat pada malam 23 Jun. Pada pagi yang sama, beberapa penerbangan dalam negara di Lapangan Terbang Syarif Kasim II telah ditangguh kerana jarak penglihatan rendah menghalang kapal-kapal terbang daripada berlepas.[29]

Pada 25 Jun, lapan peladang Indonesia telah didakwa dan ditahan atas kesalahan memulakan api yang menyebabkan kebakaran.[30]

Tindakan yang diambil

Kerajaan Indonesia telah merancang menggunakan teknologi pengubah cuaca untuk menghasilkan hujan tiruan dan memadamkan kebakaran-kebakaran yang marak.[31] Sebanyak 200 bilion rupiah (kira-kira RM65 juta) telah diperuntukkan untuk menangani bencana ini dan tujuh pesawat tentera telah dilancarkan bagi pembenihan awan dan mengebom air untuk melawan kebakaran hutan yang marak pada 21 Jun 2013.[27] Indonesia juga telah menghantar lebih daripada 100 ahli bomba untuk melawan kebakaran itu. Kerajaan Indonesia kini menumpukan untuk memadamkan kebakaran di bawah penyelarasan Badan Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB).

Menteri Pertanian Indonesia, Suswono menyatakan bahawa satu penyiasatan telah dimulakan untuk mencari firma-firma yang bertanggungjawab atas pencemaran udara ini, dan telah bersetuju untuk menerbitkan nama-nama firma ini jika mereka telah terbukti bersalah.[32]

Menteri Perhutanan Indonesia, Zulkifli Hasan mengatakan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan syarikat-syarikat yang membakar daratan dan semak-semak yang menyebabkan jerebu melitupi Riau dan kawasan sekitarnya. Syarikat-syarikat yang terbukti telah menjalankan kegiatan tebas dan bakar dan menyebabkan kebakaran tanah dan hutan akan dikenakan tindakan sewajarnya. Kerajaan telah menyerahkan tugas menguruskan proses undang-undang dan sekatan terhadap firma-firma yang menyebabkan kebakaran hutan kepada Polis Kebangsaan. "Firma-firma yang membakar kawasan akan diuruskan oleh polis dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang ada permit perniagaan sekalipun."[28]

Pada waktu fajar 23 Jun 2013, hujan turun selama 30 minit di Dumai, bandar tepi pantai yang paling dekat dengan kebanyakan titik panas, hasil daripada pembenihan awan. Hujan turun lagi di Dumai pada 5 petang hari yang sama, setelah jet Hercules C-130 memulakan pembenihan awan di daerah Bengkalis dan Dumai pada 2pm.[29] Namun, tidak banyak hujan yang turun kerana awan terlalu sedikit dan terlalu nipis, untuk memburukkan keadaan.[33] Leftenan Pertama Fajar Gusthana, antara mereka yang menjalankan pembenihan awan, mengatakan yang pembenihan awan kerana awan terlalu kurang dan ia juga agak nipis. Beliau juga mengatakan yang tidak ada awan betul-betul di atas titik-titik panas, yang menjadikannya sukar untuk menjalankan pembenihan awan.[34]

Malaysia

Pusat bandar Kuala Lumpur menghadap selatan, 9 Mei 2013.
Pusat bandar Kuala Lumpur menghadap selatan, 23 Jun 2013.

Jerebu yang menimpa Malaysia adalah jerebunya yang paling teruk sejak 2005, bermula dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 172 pada 19 Jun 2013.[35] Pada 17 Jun, hanya dua bacaan IPU tidak sihat yang direkodkan, satu pengurangan daripada enam kawasan tidak sihat pada 16 Jun.[36][37] Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, dua kawasan tersebut adalah Kemaman, Terengganu (118) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (110).[36] Pada 19 Jun, bacaan IPU pada jam 5 petang oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia menunjukkan yang negeri yang menerima impak paling teruk daripada jerebu ini ialah negeri Johor dan Melaka. Setakat masa itu, bacaan tertinggi di Johor adalah 172, dicatatkan di Muar, manakala bacaan di Melaka pula adalah 161, dicatatkan di ibu negeri Melaka, Bandar Melaka.[38]

Pada 20 Jun 2013, masalah jerebu di Malaysia meruncing. Johor dan Melaka kekal sebagai negeri-negeri yang terjejas paling teruk. Di Johor, Muar merekodkan bacaan yang merbahaya (383) pada 11 pagi, bacaan yang paling teruk antara semua bacaan. Kota Tinggi mencatatkan IPU kedua teruk, mencecah paras Sangat tidak sihat 232. Di Melaka, bacaan IPU 137 dicatatkan di Kota Melaka, melebihi IPU Tidak sihat. Bacaan di bahagian-bahagian lain Malaysia berjulat antara Baik ke Tidak sihat.[39]

Pada 21 Jun 2013, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan yang jerebu ini tidak akan surut sehingga 26 Jun, ketika ribut tropika Bebinca diramalkan bertiup dari arah barat daya dan membawa asap dari Sumatera ke Malaysia Barat. Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga telah meramalkan peningkatan peratusan penduduk dengan penyakit saluran pernafasan atas sebanyak sekurang-kurangnya 21%.[40] Ada juga kerisauan yang jerebu ini mungkin mengganggu jelajah berbasikal Jelajah Malaysia pada minggu berikutnya.[41]

Pada 23 Jun 2013, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor memuncak ke 746 pada 7 pagi yang jauh melebihi julat minimum tahap Berbahaya, menyebabkan pengisytiharan darurat di Muar dan Ledang (yang kemudiaannya ditarik balik pada pagi 25 Jun), menyebabkan bandar-bandar ini boleh dikatakan ditutup.[42][43]

Pada 24 Jun 2013, angin yang beralih arah meniup jerebu ini ke arah utara, jauh dari Johor dan Singapura dan ke arah Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang. Jerebu ini juga telah melitupi pantai timur, terutama sekali negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kualiti udara di Semenanjung Malaysia utara dan tengah juga telah menjadi semakin teruk.[6] Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU Tidak sihat 198 pada jam 11 pagi yang menyatakan bacaan di Kuala Lumpur yang pertama di ambang julat Sangat tidak sihat dalam musim jerebu. Port Dickson terjejas paling teruk daripada jerebu ini dengan bacaan IPU memasuki julat Berbahaya dengan bacaan 335 pada 7 pagi, tetapi angka ini menurun ke bacaan Sangat tidak sihat 292 pada 11 pagi.[44]

Rujukan

WikiPedia: Jerebu Asia Tenggara 2013 http://mail.bruneitimes.com.bn/news-national/2013/... http://www.bt.com.bn/news-national/2013/06/21/mini... http://www.bt.com.bn/news-national/2013/06/26/haze... http://www.env.gov.bn/psireading/index.htm http://www.moh.gov.bn/satisticshealthguidelines/gu... http://english.peopledaily.com.cn/90777/8293264.ht... http://www.antaranews.com/en/news/89465/pekanbarus... http://www.antaranews.com/en/news/89491/malaysian-... http://www.asiaone.com/News/Haze/Story/A1Story2013... http://www.bloomberg.com/news/2013-06-20/singapore...